Artikel kesihatan untuk semua, terutama kepada wanita di luar sana. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sama-sama kita fahami kenapa Islam mengalakkan untuk menjaga kebersihan dan mencukur bulu kemaluan ini penting.
Umat islam terutamanya digalakkan menjaga kebersihan diri. Ini termasuklah kebersihan mencukur dan memotong bulu yang tumbuh dibahagian tertentu. Bulu-bulu ini akan tumbuh apabila seseorang itu mengalami proses tumbesaran. Lazimnya, bulu ini akan tumbuh apabila seseorang sudah mencapai tahap akil baligh.
Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan orang kita memandang remeh akan hal ini. Oleh kerana ianya tumbuh ditempat yang tersembunyi, maka perkara ini sering dipandang enteng. Apabila ianya tidak diurus dengan baik, seseorang itu lebih mudah dijangkiti kuman di bahagian tersebut.
Lazimnya, golongan lelaki sering dikaitkan dengan sifat malas untuk mencukur atau memotong bulu kemaluan. Namun begitu, golongan wanita juga tidak berkecuali dalam hal ini. Terdapat juga sesetengah wanita yang menyimpan bulu kemaluan bagi tempoh masa tertentu.
Pernahkah anda membaca atau mendengar lawak jenaka mengenai seseorang yang menyimpan bulu kemaluan terlalu lama…?
Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.
“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
“Nah Jah, ambil 50sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.
“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.
Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim
(Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan
Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
Wallahualam.
Sama-samalah kita menjaga kebersihan, kerana menjaga kebersihan itu amat dituntut oleh Islam.
0 Response to "Kenapa Mesti Mencukur Bulu K3maluan Dalam Islam?? PERLU TAHU!!"
Post a Comment