Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini.
Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.
“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.
“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.
Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.
“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.
“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.
“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.
“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Harian metro
0 Response to "Lelaki r0g0l isteri rakan serumah kerana suaranya sedap"
Post a Comment