Pergghhh....!!!!Penyanyi Wanita Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia

Siapa sangka, penyanyi baru kelahiran Malaysia yang berjaya menempa nama di negara jiran, Indonesia rupa-rupanya bukan calang-calang orang.


Difahamkan, penyanyi wanita yang dikenali sebagai Nadira Adnan ini sebenarnya adalah anak kepada seorang individu berpengaruh dan menjawat jawatan menteri di Malaysia.

Maknanya, geng-geng Dafi dan Najwa Mahaiddin juga la ni. Ermm, tapi siapa?

Setelah dirisik-risik, Nadira adalah anak kepada Menteri Wilayah & Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.


Gadis jelita ini juga khabarnya sudah memiliki beberapa single sendiri.

Menurut laporan media Indonesia, Nadira semakin popular selepas lagu duet bertajuk Cinta & Pergi bersama penyanyi Al Ghazali yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani mendapat sambutan hangat di sana.


Malah, Nadira turut berpeluang berduet bersama Glen Fredly dalam sebuah lagu yang bakal dipasarkan dalam albumnya sendiri yang akan memuatkan 10 lagu.

Ekoran sibuk di Indonesia, Nadira difahamkan menetap dan ‘berguru’ di Indonesia. Wah, apa-apa pun semoga berjaya buat Nadira.

Ini video muzik Nadira berduet bersama Al Ghazali dalam Cinta & Pergi.


0 Response to "Pergghhh....!!!!Penyanyi Wanita Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia"

Post a Comment