KUALA LUMPUR - Seorang penuntut IPTS yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kereta peronda polis ditahan selepas beberapa jam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Remaja lelaki itu dilihat terus melarikan diri setelah merempuh kereta peronda polis di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar berjaya ditahan.
Video kejadian itu dirakam oleh dashcam milik saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian itu tersebar di laman sosial sejak Isnin lalu.
Kemalangan yang berlaku pada jam 8.55 pagi itu mengakibatkan kereta peronda polis berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke kanan jalan, lapor Harian Metro.
Polis berjaya mengesan remaja berkenaan pada hari yang sama dan ujian dijalankan mendapati dia di bawah pengaruh alkohol.
Bagaimanapun lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "PUNCA SEBENAR PELAJAT IPTS MABUK SAMPAI REMPUH KERETA POLIS YANG MENJADI VIRAL"
Post a Comment