SESI FOTOGRAFI BERTUDUNG JADI PUNCA SAYA BERHIJRAH AMY MASTURA
Seringkali apabila seseorang selebriti berhijrah menutup aurat sepenuhnya, memang ada cerita di sebalik penghijrahan tersebut. Seronok juga membaca pengalaman yang dikongsikan oleh mereka. Kadangkala the simplest thing menjadi pendorong buat manusia untuk berubah menjadi lebih baik. Baru bertudung penuh baru-baru ini, Amy Mastura berkongsi punca penghijrahannya kepada imej berhijab.
Menurut Amy Mastura yang kini berusia 44 tahun, sebuah sesi fotografi untuk hari raya yang memerlukan dirinya bertudung telah menjadi punca penghijrahannya. Kongsi Amy:-
Hasrat untuk memakai tudung itu sudah lama saya simpan tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana selain masih belum bersedia. Alhamdulillah sesi fotorgrafi yang memerlukan saya bertudung menjadi punca saya teruskan imej berkenaan sehingga sekarang.
Masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri sendiri dan menutup aurat ini adalah salah satu langkah kecil dan berharap peminat sentiasa mendoakan saya agar dapat menjadi muslimah lebih baik selepas ini
Sesungguhnya hidayah dan petunjuk daripadaNya datang daripada pelbagai bentuk, sudut dan arah. Cuma kita selaku manusia perlu membuka hati untuk menerimanya. Sedikit sebanyak perlu ada persediaan untuk berhijrah ke arah lebih baik. Kalau hati sudah terbuka, hanya perlu dijentik sahaja untuk memberikan kekuatan membuat penghijrahan. Tahniah buat Amy Mastura dan sesungguhnya anda nampak seperti baru berumur 24 tahun apabila bertudung. Kipidap!!! Sumber Mstar Online.
0 Response to "SESI FOTOGRAFI BERTUDUNG JADI PUNCA SAYA BERHIJRAH AMY MASTURA"
Post a Comment