Akim Dan Stacy Sudah Hadir Kursus Kahwin, Syukur Segalanya Berjalan Lancar


Sudah mengikat tali pertunangan pada 26 September lepas, Stacy dan Akim telah melangkah setapak ke hadapan dalam persiapan mereka untuk berkahwin sekitar tahun depan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut telah selesai menghadiri kursus kahwin  di sebuah tempat yang dirahsiakan pada hari  Isnin lepas. Stacy sempat meluahkan rasa syukur kerana kursus itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Stacy juga telah memeluk agama Islam menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Anam. Meskipun sudah bertahun lamanya mempunyai hubungan dengan Akim,  penyanyi lagu Not For Sale itu menegaskan hasrat beliau untuk berhijrah lahir daripada hatinya sendiri.

Alhamdullilah semua langkah Akim dan Stacy untuk berkahwin dipermudahkan jalannya. Tidak sabar kami nak lihat anda berdua bersanding di pelamin, semoga bahagia sehingga akhirnya.

Sumber Berita: Beautifulnara

0 Response to "Akim Dan Stacy Sudah Hadir Kursus Kahwin, Syukur Segalanya Berjalan Lancar"

Post a Comment