Ini adalah satu PERKAHWINAN yang pelik apabila seorang bekas pemotong batu dari wilayah Jundiai di Brazil akan berkahwin dengan kambing peliharaannya bernama Carmella.
Oleh sebab tiada gereja Kristian yang menerima perkahwinan manusia dan binatang, pasangan pelik itu akan dikahwinkan di sebuah gereja dikenali sebagai Gereja Syaitan...........
Menurut entri di odditycentral.com, manusia sebelum ini pernah berkahwin dengan haiwan peliharaan mereka tetapi majlis diadakan dalam gaya santai dan hanya sebagai simbolik.
Bagi si pemotong batu ini Aparecido Castaldo, seorang duda kepada tujuh orang anak tetap mahu berkahwin dengan kambingnya dengan satu majlis di gereja oleh seorang paderi seperti kebiasaan tetapi tiada gereja Kristian menerima dan mahu mengahwinkan mereka berdua............
Castaldo kemudian menghubungi Toninho do Diabo (Tom si Syaitan) seorang rakan lamanya yang kebetulan adalah pemuja Syaitan paling terkenal di Brazil.............
Perkahwinan itu akan diadakan pada tengah malam 13 Oktober depan di Gereja Syaitan di Sao Paolo, Brazil.
Hanya gereja kami yang menerima perkahwinan antara manusia dan binatang kerana kami tidak mempunyai sebarang prejudis, menurut Toninho..............
Castaldo jatuh cinta dengan kambingnya sejak dua tahun lalu, dan duda itu juga telah menerimanya sebagai ibu tiri kepada tujuh anaknya itu yang kesemuanya akan hadir pada hari perkahwinan itu.
Biarpun perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat, hubungan itu juga menarik minat beberapa aktivis kebajikan haiwan dengan kebimbangan Castaldo bakal melakukan hubungan seks dengan kambingnya............
Apabila saya melakukan sesuatu yang salah, dia tidak boleh berkata apa-apa, dia juga tidak meminta wang untuk membeli-belah dan tidak akan mengandung, saya hanya mahukan dia sebagai teman saya yang sunyi kata Castaldo.............
Menurut Castaldo, ada satu perkara dia tidak berpuas hati dengan kambingnya itu ialah cuba untuk memakan semua benda termasuk baju perkahwinan yang bakal dipakainya...........
P/S : Perkahwinan antara manusia dan haiwan adalah dilarang. Perkahwinan di Gereja Syaitan juga adalah sesat. Artikel ini hanya sekadar berkongsi keunikan dan keganjilan perilaku manusia lain dari seluruh dunia........
SUMBER http://kepohsaja.blogspot.my/
0 Response to "KAHWIN DENGAN KAMBING ??? - "Saya akan membuat dia MENGANDUNG!!""
Post a Comment