Suami Cedera Dilanggar Isteri Kerana Tolak Permintaan Tidur Bersama


CHUKAI – Dek kerana enggan melayan kehendak isterinya, seorang lelaki terlantar di hospital lebih sebulan akibat cedera teruk selepas dirempuh kereta yang dipandu isterinya di Pantai Telok Mok Nik, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun dari Negeri Sembilan patah bahu kiri, paha kanan dan cedera pada tempurung lutut.

Menurut sumber, kejadian belaku sekitar Ogos lalu ketika lelaki berkenaan bertemu isterinya yang sedang menunggu di pantai tersebut.

Jelas sumber, semasa berada di dalam kereta, wanita berusia 26 tahun dari Dungun itu meminta suaminya mencari penginapan di sekitar bandar ini untuk bermalam bersama.

Malangnya, permintaannya ditolak dengan alasan sibuk selain sedang menunggu rakan untuk pulang ke Seremban.


Hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati isteri tersebut sekali gus mencetuskan pertelingkahan mulut antara mereka.

Ketika bertengkar, lelaki terbabit bertindak keluar dari kereta dan menuju ke kenderaannya sebelum dilanggar.

Wanita terbabit dikatakan beredar dari kawasan berkenaan selepas melanggar suaminya. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Suami Cedera Dilanggar Isteri Kerana Tolak Permintaan Tidur Bersama"

Post a Comment