Tersentuh Hati Bila Membacanya... Kisah Sedih Isteri Muda Hanya Mampu Cari Baju T Shirt Lusuh Buat Suami
Ketika duduk di pintu rumah kelmarin,menunggu pemberita Rtm yg nak buat liputan projek sedekah jariah yg saya jalankan,tiba- terdengar seorang memberi salam.
Wanita hujung 20an berdiri di porch kereta dg bungkusan plastik di tangan.Katanya,
"Cikgu, ni saya nak bagi kat cikgu ikan gelama kering belah belakang yg saya buat sendiri.Tak ada ap nak dibagi pada cikgu,saya selalu datang cari baju di tempat cikgu ni."
Saya menerimanya dan memuji pemberiannya kerana nampak seperti dia terasa segan hanya dapat memberi ikan kering.
Sebelum beredar dia meminta sesuatu,
"Cikgu,nak minta satu benda,minta cikgu tolong simpan kat saya baju t lengan panjang saiz besaq dan seluar sukan yg kain macam plastik untuk suami saya nak pakai pi ke laut."
Saya segera mengiyakan dan minta dia datang semula.Ketika dia melangkah keluar rumah dan menunggang motor separuh umur,baru saya terfikir dia tentu datang dari kg kuala sg muda yg 10 km dari rumah saya,kerana suaminya nelayan.
Baju lengan panjang adalah untuk manahan kepanasan matahari ditengah laut yg tiada apa melindungi dan seluar yg disebut itu jenis tidak telap air dan ringan yg dipakai sbg seluar track..
Mari kita menganalisa tindakan isteri muda ini.Ketika sebahagian kita mencari baju dan seluar berjenama untuk suami pergi kerja, di gedung hebat,isteri muda ini mencari pakaian suami di projek sedekah jariah.Itupun kita masih bersungut dlm hidup,berkeluh kesah tak cukup itu ini,tak ada itu ini.
Ketika isteri muda ini mengimpikan pakain yg lebih baik untuk lindungi suami,kita mungkin impikan nak makan apa yg sedap hari ini.
Ketika kita memilih hadiah terbaik di komplek niaga untuk hari jadi rakan atau hadiah suatu peristiwa,ibu muda ini hanya mampu memberi ikan kering yg dibuatnya sendiri dlm bungkus plastik,tiada reben,tiada bungkusan hebat,pun dia tetap berhasrat untuk memberi.
Pernahkah terlintas dihati kita untuk berusaha setahap ibu muda ini hanya untuk memberi hadiah,memberi sedekah atau untuk membalas budi pada kebaikan orang lain.
Kita lebih menggenggam erat apa yg kita perolehi dari berfikir untuk berkongsi,kita lebih banyak meninjau dan mengharap pemberian orang,hadiah percuma dari menjadi pemberi.Kita suka sekali menjadi tangan yg dibawah.
��abdghaniharon��
Jika isteri muda ini sanggup menebal muka meminta sesuatu untuk suami,demi memastikan suami tidak dibaham panas terik matahari,demi suami yg mengharung lautan yg seribu kemungkinan bahayanya,
ukurlah diri kita sebagai isteri dlm hal khidmat untuk suami,ukurlah diri kita dlm hal perkongsian kepayahan hidup bersama suami,ukurlah apakah secawan teh panas untuk suami yg balik bekerja terbayar dg berjam-jam sisuami mengharung pekerjaannya seharian.
Ketika kita melepas suami pergi kerja dg salam dan lambaian tangan dan kita tidak berbimbang apa,isteri muda ini mungkin melepaskan suami dg salam dan lambaian yg terakhir kerana lautan tidak pernah menjanji keselamatan seperti pergi pejabst.
Kita melepas suami dg keyakinan pada hujung bulan dia membawa balik rezeki yg melimpah,ibu muda ini melepas suami dg doa dlm juraian air mata moga suaminya selamat,moga
Allah temui rezeki mereka di dasar lautan,moga hari esok mereka akan ada beras untuk di masak.Ya Allah.Ya Allah!
Muhasabahlah diri.Jangan mendongak ke atas melihat mereka yg lebih dari kita,tunduklah melihat mereka yg jauh lebih payah dari kita.Bersyukurlah.Zahirkan kesyukuran dg membuka genggaman,menghulur,dan menjadi tangan yg diatas
.Moga ada insan yg akan menghantar baju t lengan panjang dan seluar track yg ringan untuk ibu muda ini.Saya ingin sekali memenuhi impian kecilnya.-abdghaniharon
0 Response to "Tersentuh Hati Bila Membacanya... Kisah Sedih Isteri Muda Hanya Mampu Cari Baju T Shirt Lusuh Buat Suami"
Post a Comment